BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 15, 2009

tiga peringkat kesabaran..

السلام عليكم ورحمة الله

Tiga Peringkat Kesabaran


Dalam kitab Tanbihul Ghafilin karangan Imam Abu Laith Samarkhandi menyatakan Saidina Ali r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sabar itu ada tiga:


Pertama: Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpa, sebaliknya menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.


Kedua: Sabar dalam taat, yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu, maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.


Ketiga: Sabar daripada melakukan maksiat, yakni meninggalkan kerja maksiat, Allah akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy".


Pengajaran maksud hadith:


1. Sabar ada tiga tingkatan iaitu sabar semasa menghadapi musibah, sabar dalam melakukan keta'atan dan sabar daripada melakukan maksiat.


2. Antara keunikan yang terdapat dalam agama Islam ialah apabila seseorang diberi pahala kerana mampu bersabar, selain apabila berjaya melakukan sesuatu 'amalan fardhu atau sunat.


3. Kemuncak kesabaran seseorang ialah apabila kita mampu bersabar daripada melakukan maksiat di saat kita berpeluang dan mempunyai segala kemudahan.


4. Dalam menjalani penghidupan seharian, kita sentiasa dihidangkan dengan peluang menghimpun seberapa banyak pahala kerana sentiasa berdepan dengan seribu satu macam ujian yang menuntut kesabaran.


5. Orang yang memahami hakikat kehidupan dan yang berilmu akan sentiasa tenang dan waras menangani sebarang situasi.


6. Orang yang menghadiri majlis-majlis 'ilmu akan memperoleh ganjaran ketiga-tiga peringkat sabar tersebut kerana di dalamnya terkumpul ketiga-tiga penghayatan sabar.

0 comments: