BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 17, 2009

sheikh mishary al-afasy..


Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy (Arabic: الشيخ مشاري بن راشد العفاسي‎)dilahirkan di Kuwait pada tahun 1976.

Warganegara kuwait dan merupakan salah seorang dari qari-qari yang terkenal di dunia seperti sheikh al-ghomidi dan juga sheikh as-sudais.

Beliau merupakan Imam di masjid Al-Kabir (masjid besar di kuwait) dan menjadi Imam bagi solat taraweeh pada bulan ramadhan setiap tahun.
Menimba ilmu di salah sebuah universiti terkenal Kuliah Al-Qur'an dan pengajian islam di Universiti Islam Madinah,pakar dalam 10 bacaan dan juga dalam terjemahan Al-Qur'an.Diperakui oleh ramai ulama'-ulama' Al-Qur'an yang lain.

Wajahnya selalu muncul di kaca televisyen beserta dengan bacaan Al-Qur'annya yang mampu mencairkan hati sesiapa yang mendengarnya.
Bacaannya juga dapat didengari samada di youtube. Telah berkahwin dan telah dianugerahkan kepadanya dengan dua orang puteri dan seorang putera.

Pada 24 Mac,sheikh Mishary telah pergi menziarahi 3 buah masjid di Amerika Syarikat.
Ziarahnya yang pertama ke sebuah masjid di California,Islamic Centre Of Irvine.Kemudian ke Islamic Centre Of Detroit,Michigan dan ziarah yang ketiga yang sepatutnya ke New Jersey ataupun New York,tetapi dibatalkan kerana masalah kesihatan.

sumber:wikipedia

0 comments: