بسم الله الرحمن الرحيم
kurniakanlah aku cintaMU dan kurniakan cinta org yg cinta kepadaMU
kurniakan apa saja cinta yg menghampirkan aku kepada cintaMU
dan semoga cintaMU lebih aku damba dari seteguk air yg dingin..
Dalam kitab Tanbihul Ghafilin karangan Imam Abu Laith Samarkhandi menyatakan Saidina Ali r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sabar itu ada tiga:
Pertama: Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpa, sebaliknya menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah mencatatkan baginya di Luh Mahfuz 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
Kedua: Sabar dalam taat, yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu, maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana antara satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.
Ketiga: Sabar daripada melakukan maksiat, yakni meninggalkan kerja maksiat, Allah akan mencatatkan baginya 900 darjat dengan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy".
Pengajaran maksud hadith:
1.Sabar ada tiga tingkatan iaitu sabar semasa menghadapi musibah, sabar dalam melakukan keta'atan dan sabar daripada melakukan maksiat.
2.Antara keunikan yang terdapat dalam agama Islam ialah apabila seseorang diberi pahala kerana mampu bersabar, selain apabila berjaya melakukan sesuatu 'amalan fardhu atau sunat.
3.Kemuncak kesabaran seseorang ialah apabila kita mampu bersabar daripada melakukan maksiat di saat kita berpeluang dan mempunyai segala kemudahan.
4.Dalam menjalani penghidupan seharian, kita sentiasa dihidangkan dengan peluang menghimpun seberapa banyak pahala kerana sentiasa berdepan dengan seribu satu macam ujian yang menuntut kesabaran.
5.Orang yang memahami hakikat kehidupan dan yang berilmu akan sentiasa tenang dan waras menangani sebarang situasi.
6.Orang yang menghadiri majlis-majlis 'ilmu akan memperoleh ganjaran ketiga-tiga peringkat sabar tersebut kerana di dalamnya terkumpul ketiga-tiga penghayatan sabar.
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan menyesal.....
Hayati dgn penuh rasa cinta dihati..Betapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita.cintakah kita sebegitu dalam kepadanya?semoga kita menginsafi diri.
Subhanallah....
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut Adalah sebuah
kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah
melalui kehidupan Rasul-Nya.Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta
kasih-Nya.Makataati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara padakalian,Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti
mencintaiakudan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurgabersama-samaaku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan
mata Rasulullahyangtenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu
persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik
turunmenahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan
Alimenundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya
sudahtiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati
semuasahabatkalaitu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkapRasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar.Disaatitu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pastiakan
menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedangdi dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang
berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang
demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudiania kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membukamatadan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku
melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian
wajahanaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datangmenghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut
samamenyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah
bersiap diataslangitdunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia
ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya
Rasululllahdengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka,
paramalaikat telah menantiruhmu.Semuasyurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi ituternyatatidak membuatkan
Rasulullahlega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang
اللهم أنت ربي لا اله الا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذبك من شر ما صنعت وأبؤ لك بنعمتك علي وأبؤ بذنبي فاغفرلي فانه لا يغفر الذنوب الا انت
masinnya air laut xmampu mnyerap kedlm isi ikan..tp ble ikan telah mati secubit grm sudah ckup memasinkknnya..bgitu lah ati,ati yg idup sukar dinodai tp ble telah mati amat mudah dipengaruhi.
الذي خلقني فهو يهدين# والذي هو يطعمني ويسقين # واذا مرضت فهو يشفين # والذي يميتني ثم يحيين #والذي اطمع ان يغفرلى خطيئتى يوم الدين
" tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan ,hidayah kepadaku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Qiamat"-(Asy-syu'ara': Ayat 78-82)