BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 23, 2009

Mencari Redha Allah..


"mengenal Allah dengan ilmu,laksana madu tetapi tidak merasainya..mengenal Allah dengan hati,seperti merasai madu dan sentiasa merasai kemanisannya.."


Al-Hassan al-Basri pernah ditanya,

"Wahai Abu Sa'id,siapakah manusia yang paling keras teriakannya pada hari kiamat?"Beliau menjawab,"Orang yang dikurniakan nikmat,tetapi dia menggunakannya untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t."

kejarlah redha Allah sedaya dan semampu kita.Lakukanlah segala amal kebaikan dan tinggalkanlah segala amal keburukan yang mane pilihannya ada ditangan kita sendiri.Harta yang dimiliki diinfaqkan dijalan Allah supaya ianya menjadi hujah bg kita dihadapan Allah kelak serta pemberat timbangan pahala di akhirat nanti.Hamba Allah yang benar-benar beriman adalah hamba yang sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.Sentiasa mengingati Allah siang dan juga malam yang silih berganti.Tidak akan leka dan lalai dengan dunia yang fana' ini.

Firman Allah s.w.t :

كل نفس ذآءقة الموت وانما توفون أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور


"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya."

(سورة ال عمران:185)

hamba yang bertaubat adalah hamba yang ta'at jiwa dan raganya.Rasulullah s.a.w,walaupun kekasih Allah dan jaminan syurga bagi Baginda,Baginda tetap bertaubat setiap hari sehingga baginda wafat.

Firman Allah s.w.t :

قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله ان الله يغفرالذنوب جميعا انه هو الغفورالرحيم"

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(سورة الزمر:53)

khalasoh:

Abu Darda' berkata,"sesiapa yang merasa tidak cukup dengan dunia,dia tidak akan memiliki dunia sama sekali."

(Hidayatul Auliyaa')

0 comments: