Ingati Kematianmu..
satu perkara yang manusia tidak dapat mengelakkan diri darinya sekalipun dia cuba melarikan diri darinya dan pasti terjadi pada setiap benda yang bernyawa atau yang mempunyai jiwa dan ianya datang tanpa memberi amaran, tidak diawalkan serta tidak juga dilambatkan walau sesaat.seperti yang telah kita ketahui bahawa ianya adalah KEMATIAN.
Firman Allah s.w.t:
كل نفس ذآءقة الموت
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai kematian.
(سورة ال عمران:34)
Firman Allah s.w.t pula tentang detik kematian:
ولكل أمة أجل فاذا جآء أجلهم لا يستأخرون ساعة ولا يستقدمون
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila
datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan
tidak dapat pula mereka didahulukan.
(سورة الأعرف:34)
maut adalah perkara yang tidak dapat dielakkan kerana ia adalah ketetapan dari Allah s.w.t dan bagi setiap orang itu telah ditetapkan baginya akan ajalnya dan tidak akan lari waktunya dari detik yang telah Allah tetapkan keatasnya.
Firman Allah s.w.t:
نحن قدّرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap
seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan
atau dilemahkan;
(سورة الوقعة:60)
lagi Firman Allah s.w.t di dalam surah luqman:
ان الله عنده علم الساعة وينزّل الغيث ويعلم ما في الأرحام
وما تدري نفس ماذا تكسب غدا وما تدري نفس بأيّ أرض تموت ان الله عليم خبير
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang
Hari Kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa
yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui
(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun
yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(سورة لقمان:34)
mengingati mati adalah sesuatu yang mesti dijadikan perkara penting dalam hidup setiap muslim.terdapat beberapa hadith yang berkaitan dengan memperingati mati dan ini menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w amat menekankan tentang perkara ini serta menyuruh kita supaya sentiasa memperingati mati.
nasa'i dan inbu majah serta beberapa ulama' lain meriwayatkan dari abu hurairah r.a beliau berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda:"Perbanyaklah ingatan kepada kematian kerana ia menghapus segala bentuk kelazatan dunia."
kemudian hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Ibnu Majah,bahawa seorang lelaki dari golongan Ansar bertanya kepada Rasulullah:"Mukmin yang bagaimanakah yang paling utama?"Rasulullah s.a.w menjawab:"yang paling baik akhlak budi pekertinya."Orang itu bertanya lagi kepada baginda."Mukmin yang bagaimanakah yang lebih pandai?"Rasulullah s.a.w menjawab lagi:"yang lebih pandai di antara mereka yang ingat kepada kematian dan yang lebih baik diantara mereka ialah yang melakukan persiapan setelah ingat kepada kematian.merekalah yang terpandai."
Rsulullah s.a.w juga bersabda:Perbanyaklah ingatan terhadap apa yang boleh melenyapkan kelazatan dunia,sesungguhnya hal itu dapat menghapuskan dosa dan zuhud terhadap dunia.
(riwayat tirmizi)
wahai saudaraku,fikirkanlah tentang kematian itu,saat sakaratulmaut yang tiba,betapa pahitnya kematian itu,betapa pedihnya rasa hati,kabur pandangan,berpisah dengan segala yang ada di dunia,renungilah saat kamu dipindahkan dari tempatmu kedalam lahad.saudaramu yang mengenalimu dan menyayangimu menemanimu sehingga keliang lahad,kemudian kamu akan ditinggalkan sendirian disitu,didalam kegelapan,sendirian sedangkan mereka pulang dan bergembira kembali seolah tidak mengenali dirimu lagi.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.